Recent Posts

Wednesday, 29 August 2012

Erti Sebuah Kemerdekaan.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Esok 31 Ogos 2012, Genap 55 tahun negara kita merdeka. Menjadi sebuah negara merdeka selama 55 tahun, pastinya akan menjadi sebuah negara yang sangat kuat dan kukuh dari segi sosial dan ekonominya......sebagai contoh hidup kebanyakan kita yang sudah berusia 55 tahun...pasti sudah lengkap kehidupan materialnya...Rumah besar, Kereta besar, Bini pun kadang kadang tu dah ada yg jadi besar....hehe (jangan marah arrr).

Inilah ukuran yang selalu dimomokkan oleh kerajaan tentang kemerdekaan...KLCC, Putrajaya, Wilayah Iskandar dan belbagai projek mega lagi, menjadi ukuran tahap kejayaan sesebuah negara merdeka.

Adakah dengan hanya ada ekonomi yang mantap,bebas dari penjajah, negara itu sudah dianggap Merdeka!

Bagaimana dengan penjajahan minda? yang masih berlaku hingga kini. Ini yang sepatutnya diutamakan...dengan adanya minda yang tidak terjajah. Negara akan dibangunkan mengikut acuan sendiri...mengikut matlamat dan undang undang sendiri, barulah sebuah negara islam solid dapat dibangunkan. Insyaalah...

Pemerintahan sekarang lebih berbangga dengan kejayaan pembangunan fizikal/material daripada pembangunan mental dan sahsiah diri. Sebab itulah setiap tahun jumlah pesakit mental meningkat. Masaalah sosial tidak mampu dibendung, bayi luar nikah setiap hari dilahirkan, anak derhaka pada mak bapak menjadi satu perkara biasa...subhanallah...

Aku secara peribadi, harap sangat tahun ini, akan berlaku satu perubahan dalam diri masyarakat malaysia....satu perubahan untuk bebaskan minda dari penjajahan barat dan yang terbaru penjajahan hiburan oleh artis K-POP dari korea yang berleluasa...Budaya pakaian dan cara hiburan yang terlompat lompat macam kera ini, harus dicampak jauh dari budaya Melayu.

Malam ini, sambutan hiburan melampau akan kelihatan di merata rata tempat seperti Dataran Merdeka, KLCC dan belbagai tempat lagi untuk menyambut sambutan kemerdekaan ini. Pembaziran membakar bunga api, menjemput artis artis dengan harga yang mahal dan jualan kondom pasti berlipat kali ganda. Kenapa sebuah negara yang diperinta oleh orang islam, menyambut hari pembebasan negara kita dari penjajah dengan cara penjajah. Hairan kan....

Sepatutnya diraikan dengan cara Islam...Mengisi malam malam pembebasan negara ini dengan ilmu yang bermenafaat seperti tayangan video sejarah Tanah Melayu, Ceramah Perdana, pidato dan belbagai lagi aktiviti yang boleh membangkitkan jiwa patriotik dalam jiwa anak muda.

Namun...itulah, kalau sudah sayang......dengan hiburan,kebendaan.....manusia akan lupa pada penciptanya.....

Semoga kita akan diampunkan oleh Allah, dan kita sebagai hambanya..hanya mampu berdoa dan berserah....

Takbir!!!

0 comments:

Post a Comment